KUANTAN, 12 September – Seramai hampir 2,000 orang peserta telah menggegarkan suasana pada pagi ini bagi acara Merdeka Color Run bertempat di Teluk Cempedak. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, ahli-ahli pengakap, golongan belia, dan masyarakat setempat. YM Tengku Dato’ Pegawai Daerah Kuantan telah hadir membuat pelepasan 'flag off' bagi larian Merdeka Color Run tersebut. Para peserta telah dilemparkan dengan holi powder 3 warna merah, kuning dan biru di ‘check point’ sepanjang larian, simbolik kepada warna Jalur Gemilang bagi memancarkan semangat kemerdekaan. Acara ini diakhiri dengan enam Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah oleh Puan Nor Diana Ramli, KADO Daerah Kuantan, Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang dan Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan. Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Pengakap Kelana Negeri Pahang serta penajaan McDonald’s dan juga Milo atas kerjasama yang diberikan dalam program tersebut.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Haji Osman Haji W.Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 140
