KUANTAN, 15 September – Mohamad Amirul Hanzah telah berjaya mencapai kejayaan Tahap Emas Badan Operasi (ARPRM) Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan. Program Penempatan Peserta Tahap Emas Peringkat Negeri Pahang 2022 telah berlangsung selama lima hari bertempat di FELDA Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan. Projek penempatan tersebut telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari JKKR Felda Sungai Kelamah, Majlis Belia Felda (MBF) dan Pejabat ADUN Gemencheh Turut hadir di Majlis Perasmian tersebut adalah Encik Mohd Yusof Md Said wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan dan mentornya iaitu Mohamad Zairul Irsyad Zainal yang telah terlibat secara langsung dalam melaksanakan projek tersebut.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Haji Osman Haji W.Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 177
