ROMPIN, 17 Oktober – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin bersama seramai 30 orang peserta Rakan Muda telah bersama-sama di dalam Program Plogging Word Cleanup Day (WCD) 2022 sempena Hari Belia Negara (HBN)) Peringkat Daerah Rompin 2022 di kawasan sekitar Dataran Rompin. Audit sisa telah dijalankan selepas program ini berlangsung dan berjaya mengumpul sisa yang merangkumi sisa makanan, kertas, plastik (rigid), plastik (film), lampin pakai buang, tekstile/fabrik, getah/kulit, kaca, puntung rokok, pelitup muka, besi dan lain-lain sisa. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Johari Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan merangkap ADUN Tioman dan Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin bersama warga kerja PBSD Rompin yang turut hadir bersama. World Cleanup Day adalah sambutan di peringkat dunia yang melibatkan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran secara serentak dan ia mula dianjurkan oleh sebuah organisasi antarabangsa iaitu ‘Let's Do It World’. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sukarelawan Hero Kebersihan, peserta Rakan Muda dari SMK Rompin Permai Rompin,Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, Alam Flora dan NGO yang terlibat didalam menjayakan usaha murni ini. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran dan mengamalkan amalan kitar semula demi kelestarian alam sekitar.
ROMPIN, 17 Oktober – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin bersama seramai 30 orang peserta Rakan Muda telah bersama-sama di dalam Program Plogging Word Cleanup Day (WCD) 2022 sempena Hari Belia Negara (HBN)) Peringkat Daerah Rompin 2022 di kawasan sekitar Dataran Rompin. Audit sisa telah dijalankan selepas program ini berlangsung dan berjaya mengumpul sisa yang merangkumi sisa makanan, kertas, plastik (rigid), plastik (film), lampin pakai buang, tekstile/fabrik, getah/kulit, kaca, puntung rokok, pelitup muka, besi dan lain-lain sisa. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Johari Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan merangkap ADUN Tioman dan Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin bersama warga kerja PBSD Rompin yang turut hadir bersama. World Cleanup Day adalah sambutan di peringkat dunia yang melibatkan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran secara serentak dan ia mula dianjurkan oleh sebuah organisasi antarabangsa iaitu ‘Let's Do It World’. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sukarelawan Hero Kebersihan, peserta Rakan Muda dari SMK Rompin Permai Rompin,Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, Alam Flora dan NGO yang terlibat didalam menjayakan usaha murni ini. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran dan mengamalkan amalan kitar semula demi kelestarian alam sekitar.
ROMPIN, 17 Oktober – Kejohanan Catur UNITEN-KBS 2022 sempena Program 1000 Liga Peringkat Daerah Rompin 2022 telah selesai diadakan bertempat di Universiti Tenaga National (UNITEN) Muadzam Shah. Penyertaan telah berjaya mengumpul seramai 60 orang peserta sekitar Daerah Rompin. Kejohanan mendapat maklum balas baik daripada agensi luar dan peserta luar ada di kalangan pemain-pemain negeri dan amatur. Kejohanan juga dapat melahirkan bakat baru dalam kalangan pelajar. Kejohanan seperti ini harus diteruskan bagi menerap semangat kesukanan di kalangan belia setempat dalam menyertai Acara Catur seperti ini. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Ir. Razali Kassim, ADUN Kawasan Muadzam Shah bersama Dr. Abdul Rahman Zahari, Timbalan Dekan COBA dan Puan Rosliza Manap, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin.
ROMPIN, 17 Oktober – Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2022 telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuala Rompin. Sambutan ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Turut hadir Dato’ Sri Norolazali Sulaiman, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sri Johari Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan merangkap ADUN Tioman, Dato’ Sri Hasan Arifin, Ahli Parlimen Rompin, Encik Mu'azamir Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin. Program dimulakan dengan pertunjukan Pahang Drone Festival yang telah diadakan di Dataran Kuala Rompin dan seterusnya konvoi kenderaan bermotor membawa Menteri Besar Pahang ke Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2022.
LIPIS, 17 Oktober - Mini Karnival Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Daerah Lipis telah diadakan pada 18 September yang lalu bertempat di Arena Jubli Majlis Daerah Lipis (MDL). Terdapat pelbagai acara telah diadakan dan dipertandingkan antaranya Pertandingan Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Futsal, Pertandingan Mewarna serta Pertandingan Memanah Tradisional. Selain daripada itu juga terdapat pameran daripada agensi dimana sebanyak 13 agensi telah mengambil bahagian. Pada sebelah pagi sebagai pembuka tirai telah diadakan Senamrobik Perdana. Perasmian Mini Karnival HBN Peringkat Daerah Lipis 2022 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri I, Kementerian Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lipis. Di dalam ucapan, beliau telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan khususnya kerana telah mengadakan Program Sambutan seperti ini sebagai satu medium menghargai golongan belia di Malaysia terutamanya di Daerah Lipis. Beliau amat berharap ianya akan menjadi acara tahunan yang akan diadakan setiap tahun.
LIPIS, 17 Oktober - Program Liga Tunas Malaysia (MiLL) Peringkat Daerah Lipis 2022 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Clifford, Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Sekolah Menengah Seri Lipis dan Sekolah Menengah Clifford. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula 21 September hingga 22 September yang lalu telah berlangsung dengan jayanya. Persaingan sengit dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh para peserta yang menyertai pertandingan tersebut dilihat mencapai objektif program ini diadakan iaitu sebagai salah satu usaha dalam pencarian bakat baru bagi sukan bola sepak di Malaysia. Program ini mendapat jalinan kerjasama di antara Pejabat Pendidikan Daerah Lipis serta Persatuan Bola Sepak Daerah Lipis. Sebanyak 33 pasukan telah menyertai kejohanan ini, dimana 18 pasukan Kategori Bawah 16 tahun serta 15 pasukan Kategori Bawah 12 tahun. Pasukan daripada Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie telah menjadi Johan, Naib Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan dan Ketiga bersama SMK Clifford dan Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Lipis bagi Kategori Bawah 16 tahun Sekolah Kebangsaan Titom dinobatkan Johan, Sekolah Kebangsaan Betau merangkul tempat kedua manakala Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim dan Sekolah Kebangsaan Clifford mendapat Tempat Ketiga bersama bagi Kategori Bawah 12 tahun. Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Encik Amin Nollah Lateh telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah, turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis, Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa. Tahniah dan syabas buat pasukan yang menang dan selamat maju jaya di peringkat seterusnya.
PEKAN, 17 Oktober – Dalam usaha memastikan kebajikan semua rakyat warga daerah Pekan terjaga, satu mesyuarat telah diadakan bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Pekan. Mesyuarat ini dilaksanakan secara berkala dan berterusan bagi membincangkan cadangan idea dan usaha yang dirancang dalam memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Puan Salmiyah binti Mohamed, Pembantu Belia dan Sukan telah menghadiri mesyuarat tersebut. Kesepaduan dan persepakatan usaha-usaha yang dirancang dapat melicinkan pelaksanaan program. Seramai 44 ahli jawatankuasa telah hadir dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh YH. Dato' Zaliza Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan. Mesyuarat ini membentangkan Laporan eKasih Daerah Pekan dan beberapa laporan bantuan daripada agensi iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan, Pejabat Pertanian Daerah Pekan dan Felcra Bina Sdn. Bhd. Mesyuarat berjalan lancar dengan komitmen kehadiran semua ahli jawatankuasa.
PEKAN, 17 Oktober – Puan Salmiyah Mohamed, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan telah turun padang melakukan pemantauan berkala di sekitar Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa terjaga. Seramai dua orang kakitangan yang dipertanggungjawabkan bagi melakukan kerja-kerja kebersihan di sekitar dalam dan luar kawasan ini. Komitmen kakitangan dalam usaha memastikan tahap kebersihan sentiasa terpelihara amat penting bagi menjadikan PBSD Pekan kelihatan ceria dan dalam keadaan terbaik yang juga dapat menaikkan motivasi warga kerja dalam menjalankan tugasan.
PEKAN, 17 Oktober – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah mengadakan pelupusan aset pada 15 September yang lalu bertempat di PBSD Pekan. Barang yang dilupuskan melibatkan alat penghawa dingin dan kerusi. Objektif utama pelupusan aset adalah untuk memastikan pejabat tidak menyimpan aset yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan sekaligus dapat menjimatkan ruang simpanan atau ruang pejabat. Aset yang rosak telah mendapat kelulusan pelupusan dan dilupuskan secara jualan sisa. Manakala kerusi dilupuskan secara musnah. Pegawai yang turut terlibat semasa pelupusan dijalankan adalah Puan Hashimah Ismail, Pembantu Pegawai Aset PBSD Pekan. Pemeriksaan aset berkenaan berakhir sekitar jam 3.00 petang.