PEKAN, 16 Nov – Puan Sutinah Mingan dari Persatuan Pandu Puteri Daerah Pekan telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan bagi menyerahkan borang pendaftaran Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dan mengadakan perbincangan. Hadir bersama dalam perbincangan itu iaitu Puan Salmiyah Mohamed, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pekan. Perjumpaan ini menghasilkan perkongsian pandangan dalam melaksanakan tugasan ini. Selaku Badan Operasi, PBSD Pekan amat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai di kalangan belia dalam Program ARPRM ini. Semoga ARPRM di daerah Pekan sentiasa aktif dapat menarik lebih ramai lagi menyertai program ini.
Disediakan oleh:-
Faizal Bakar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 115
