ROMPIN, 16 Disember – Perkhemahan Rakan Muda Anugerah Remaja Perdana (ARP) Pahang 2022 telah diadakan bermula 25 hingga 27 November yang lalu bertempat di Kompleks Rakan Muda Raub. Program anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang ini telah disertai oleh enam orang peserta daripada Daerah Rompin. Program tiga hari dua malam ini turut disertai oleh peserta-peserta daripada daerah lain dari negeri Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah Komponen Rekreasi Fizikal, Khidmat Masyarakat, Ikhtiar Hidup dan Asas Pertolongan Cemas. Turut sama membantu menjayakan program adalah Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin dan Puan Noorul Ain Kamar Zaman, Pemimpin Badan Operasi PBSD Rompin.
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 163
