KUANTAN, 10 Januari – Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang bersama Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia telah mengiringi YB Encik Fadzli Mohamad Kamal, EXCO Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang sempena Lawatan Kerja ke Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang. Lawatan ini adalah untuk meninjau kemudahan fasiliti yang ditawarkan oleh akademi ini. Beliau menyifatkan akademi ini menawarkan kemudahan yang cukup berkualiti dengan 10 buah padang, gymnasium, bilik perubatan, kolam renang, makmal komputer, dewan serbaguna dan pelbagai lagi. Beliau mengharapkan agar anak-anak muda tidak melepaskan peluang untuk mendalami ilmu bola sepak tambahan dengan fasiliti hebat yang ditawarkan ini.
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 154
