- JBS Pahang
- Hits: 137
MAAHAD TAHFIZ TURATH PESERTA ARPRM
KUANTAN, 10 Mac – Maahad Tahfiz Thurah, Balok menyambut baik program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dengan memiliki sejumlah besar peserta ARPRM dalam kalangan pelajar iaitu seramai 101 orang.
Kesemua peserta ARPRM ini adalah terdiri daripada 26 orang peserta baru tahap gangsa, 50 orang peserta baru tahap perak dan juga 25 orang peserta yang telah berjaya ke tahap emas. Maahad Tahfiz Turath sehingga kini mengekalkan hubungan kerjasama yang baik bersama PBSD Kuantan, bukan sahaja bagi melahirkan belia dalam bidang keagamaan malah juga aktif dalam program belia, sukan dan Rakan Muda.
Dalam gambar adalah Encik Mohd Hasra (kanan), Kaunselor Maahad yang juga bertugas sebagai penyelaras program ARPRM di Maahad Tahfiz Turath, dan Ustaz Muhamad (kiri), mentor peserta ARPRM Maahad tersebut.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Haji Osman Haji W.Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 137
