TEMERLOH, 20 Mac – Perbincangan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh berkaitan permohonan pendaftaran baharu bagi belia di Kampung Kerai, Kuala Krau Temerloh telah berjalan dengan baik baru-baru ini.
Saudari Ain selaku wakil daripada belia Kampung Kerai telah hadir bagi mendapatkan maklumat tatacara permohonan pendaftaran kelab baharu memandangkan kelab yang sedia ada telah berstatus tidak aktif terlalu lama. Selain itu, pihak PBSD Temerloh juga berbincang dan mendapatkan maklumat mengenai taraf pekerjaan bagi belia yang masih menetap kerai dan juga taraf pendidikan mereka.
Maklumat ini adalah sebagai data simpanan agensi kerajaan khususnya PBSD Temerloh sendiri supaya dapat menyampaikan dan menguarkan maklumat atau program kepada golongan belia.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Siti Sabariah Che Ariffin
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 145
