MARAN, 11 April – Majlis Berbuka Puasa anjuran Majlis Belia Daerah (MBD) Maran telah diadakan pada 31 Mac yang lalu bertempat di Restoran Anjung Selera, Majlis Belia Daerah Maran.
Seramai 30 orang ahli jawatankuasa MBD Maran telah berkumpul bagi menunggu waktu untuk berbuka bersama-sama. Turut hadir bersama Encik Sophian Tukiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran serta dua orang warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran. Encik Zafril Nasir, Pengerusi Majlis Belia Daerah Maran berkata, menjadi kelaziman MBD Maran untuk mengadakan aktiviti seumpama ini sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Sejurus berkumandang azan maghrib, semua tetamu dijemput menikmati hidangan yang disediakan. Selepas sesi berbuka, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada Encik Muhammad Zul Syafiq Abdul Wahab, Exco Penerangan MBD Maran yang akan menunaikan umrah pada hari Ahad ini. Didoakan semoga beliau diberi kesihatan yang baik dan mendapat umrah yang makbul dan mabrur.
Tahniah MBD Maran atas penganjuran program yang baik ini.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Saniah Zainal
PBSD Maran
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 127
