RAUB, 8 Mei – Mesyuarat Pengurusan PBSD Raub Bilangan 1 Tahun 2023 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub pada 3 Mei yang lalu bermula jam 9 pagi.
Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan buat pertama kalinya oleh Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub yang baharu. Turut hadir mesyuarat Puan Masyitah Fadhilah Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Encik Ku Zamri Ku Yusoff, Pembantu Belia dan Sukan, Encik Mohd Syahid Lachahok Aris, Penolong Jurutera, Encik ShamsulBahari Haji Abdul Malek, Pembantu Belia dan Sukan, Encik Roslan Hashim Pembantu Tadbir serta Encik Mohamad Asyraf Mohd.Yusof, Pembantu Awam. Pengerusi telah menyampaikan amanah Pengarah serta mendengar laporan-laporan daripada unit Belia, Sukan, Rakan Muda dan Kompleks.
Pengerusi juga telah meminta kerjasama daripada semua kakitangan dalam semua hal yang melibatkan urusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub serta Kompleks Rakan Muda Raub. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
PBSD Raub
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 111
