MARAN, 22 Mei – Majlis Jalinan Aidilfitri Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah diadakan pada 18 Mei yang lalu bertempat di Tingkat 5, Wisma Persekutuan Kuantan.
Majlis yang diadakan bagi meraikan kedatangan aidilfitri bersama warga kerja JBS Pahang ini tidak terkecuali menjemput setiap jabatan kerajaan yang berhampiran termasuk badan bukan kerajaan yang menjadi rakan strategik JBS Pahang. Tiga orang warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran turut hadir memeriahkan sambutan ini. Hasil kreativiti warga kerja JBS Negeri Pahang menghias menu menjadi tarikan dan menambahkan rasa keterujaan untuk menikmati makanan tersebut. Setiap sudut menjadi meriah dengan keriuhan dan keramahan setiap warga kerja menyantuni tetamu yang hadir. Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang berbesar hati menerima setiap tetamu yang datang silih berganti dan menjemput menikmati makanan yang dihidangkan.
Terima kasih atas jemputan semoga Aidilfitri pada tahun ini dengan lebih bermakna!
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Saniah Zainal
PBSD Maran
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 125
