ROMPIN, 19 Mei – Majlis Rumah Terbuka Hari Belia Negara (HBN) telah dianjurkan secara santai oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin dan Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin pada 17 Mei lalu di Dewan Terbuka Kuala Rompin bermula jam 8.30 malam.
Lebih 200 tetamu yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur telah hadir sama dalam memeriahkan majlis ini. Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk menghargai setiap keringat pihak yang terlibat dalam menjayakan Ambang HBN Rompin 2023 lalu selain meraikan belia-belia Rompin sempena Hari Raya Aidilfitri seterusnya mengeratkan silaturrahim belia setempat. Pelbagai santapan menarik telah disediakan untuk hadirin.
Turut sama memeriahkan majlis adalah Dato’ Ahmad Nasim Dato’ Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin dan Datin Norhayati Abdullah, Pengerusi PUSPANITA Daerah Rompin.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 104
