PEKAN, 4 Ogos – Acara futsal telah membuka tirai penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pekan 2023 bagi Kejohanan Futsal Lelaki yang telah berlangsung dengan jayanya di Pasar Futsal, Pekan dengan penyertaan 16 pasukan lelaki.
Juara bagi Futsal Kategori Lelaki telah dimenangi oleh Revo Ft, Naib Johan oleh Aviera Ft manakala Tempat Ke3 dibawa pulang oleh Adrelina City FC. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh wakil Ahli Parlimen Pekan bersama Setiausaha Kehormat Pekan FA dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan. Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan selamat maju jaya mewakili Daerah Pekan ke LSK peringkat negeri bagi tahun 2023.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Revo Futsal Club yang banyak membantu Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan dalam menjayakan pelaksanaan program tersebut.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Mohd Noor Marikan Mat Nasir
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 167
