CAMERON HIGHLANDS, 10 Ogos – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti 2023 Daerah Cameron Highlands telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh masyarakat setempat yang teruja dengan program tersebut.
Program ini telah dilaksanakan di Padang Awam MDCH, Tanah Rata. Kemeriahan kejohanan kali ini mendapat sambutan dari pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Orang Asli. Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan Bola Jaring (LSK) pada kali ini. Perasmian telah dirasmikan oleh Encik Sulaiman Husin, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) yang mewakili Pegawai Daerah Cameron Highlands dan turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands, Encik Ahmad Fadzil Ibrahim.
Tahniah kepada semua yang telah menyertai kejohanan ini dan juga tahniah kepada para pemenang.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Ku Zamri Ku Yusoff
PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 151
