ROMPIN, 25 Ogos – Bagi merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dalam kalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, saling bantu- membantu serta peka dengan keadaan sekeliling, Rakan Prihatin:Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Rompin 2023 Siri 1 telah dilaksanakan pada 15 Ogos lalu bertempat di Kolej Komuniti Rompin (KKR).
Seramai 40 orang SATRIA telah turun padang membantu dalam memastikan kelancaran Program Asyura Merdeka Daerah Rompin yang akan diadakan pada 16 Ogos nanti. Antara kerja-kerja sukarelawan termasuk pemasangan Bendera Malaysia dan Negeri Pahang dalam kawasan KKR, penyediaan perkakas memasak untuk program tersebut dan lain-lain lagi. Majlis penyerahan sijil penghargaan SATRIA telah disampaikan oleh Encik Khairunnaim Muslimin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin.
Semoga semangat yang ada dalam diri belia-belia Rompin ini terus mekar dan menjadi contoh kepada belia yang lain untuk terlibat dalam program kesukarelawanan seperti ini.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 155
