LIPIS, 19 September - Majlis Belia Daerah (MBD) Lipis dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis telah mengadakan Program Temu Mesra Belia 2023 pada 8 September 2023 yang lalu bertempat di Dewan Hotel Starwell, Kuala Lipis.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada pengurusan tertinggi persatuan belia bagi membincangkan isu serta permasalahan di peringkat akar umbi. Selain itu juga, ianya dapat dijadikan platform kepada persatuan belia untuk melontar dan berkongsi idea bagi memperkasakan lagi pertubuhan belia di Daerah Lipis. Turut diadakan sesi perkenalan bersama barisan tertinggi Majlis Belia Daerah Lipis serta penerangan berkenaan Maklumat Yang Kena Diberi(MYKD) yang telah disampaikan oleh Encik Yusaini Samad Mantan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Lipis.
Turut hadir Encik Mohamad Shazwan Abdul Rahman Ahli Parlimen Belia Malaysia Pahang, Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa Pegawai beli dan Sukan Daerah Lipis, Puan Norlisa Khalimi Pengerusi Majlis Belia Daerah Lipis, Saudara Fairul Alimi Ahmad Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Lipis serta Saudara Ikhmalul Hazim Zainuddin Naib Pengerusi Majlis Belia Daerah Lipis.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Norraziah Yaakub
PBSD Lipis
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 206
