PEKAN, 30 Oktober – Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Daerah (FGD) telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dan dipengerusikan oleh YH. Dato’ Zaliza Bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Pekan Bilangan 3 Tahun 2023 dan seterusnya membincangkan laporan maklumbalas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut. Mesyuarat kemudiannya mengambil maklum dan memperakukan Senarai Permohonan e-Kasih dan Bina Baru serta Baik Pulih Rumah yang dibentangkan oleh Penghulu-penghulu Mukim Daerah Pekan.
Mesyuarat seterusnya mengambil maklum berhubung pembentangan beberapa Laporan Program dan Aktiviti oleh jabatan-jabatan, agensi-agensi berkaitan di daerah Pekan. Puan Rozita Barudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan hadir bersama di dalam mesyuarat tersebut.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Mohd Noor Marikan Mat Nasir
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 190
