- JBS Pahang
- Hits: 186
PROGRAM E-SPORT FIT PAHANG PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS TARIK MINAT GOLONGAN BELIA
CAMERON HIGHLANDS, 24 November – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Cameron Highlands dan Kelab Belia Holistik Cameron Highlands telah berjaya mengadakan Program E-Sport Fit Pahang Peringkat Daerah Cameron Highlands 2023 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands.
Antara acara yang dipertandingkan pada program ini ialah Mobile Legend, FIFA 23 PS4 dan PUBG Mobile. Seramai 100 orang peserta telah menyertai program pada kali ini. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Fit Pahang Peringkat Daerah Cameron Highlands 2023 ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Zuki Mohamad, Penghulu Mukim Tanah Rata dan hadir sama Encik Ahmad Fadzil Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands dan Encik Fadhlil Wafi Ab Jalil, Pengerusi Majlis Belia Daerah Cameron Highlands.
Peserta-peserta teruja dengan penganjuran program yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memastikan aktiviti sukan sentiasa relevan di daerah ini.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Ku Zamri Ku Yusoff
PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 186
