PEKAN, 6 Februari – Majlis Persaraan Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Encik Yusof Ibrahim telah diraikan dengan penuh meriah di Dewan Serbaguna, IKBN Pekan.
Beliau telah menaburkan khidmat bakti selama hampir 35 tahun di dalam perkhidmatan awam dan bertugas di IKBN Pekan semenjak tahun 2015. Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan, Encik Mohd Shahrizan Robuan bersama Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pekan, Encik Faizal Bakar sebagai wakil kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) yang telah dijemput.
PBSD Pekan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dan mendoakan semoga dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan bersama keluarga.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#teamjbspahang
Disediakan oleh:-
Mohd Shahrizan Robuan
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 170
