PEKAN – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan dengan Kerjasama Majlis Belia Daerah Pekan (MBD) telah melaksanakan Program Youth Empowerment Society (YES) pada 9 hingga 10 Mac 2023 yang lalu bertempat di Inderapura Lake Resort Pekan.
Program berlangsung dua hari satu malam ini telah disertai seramai 30 orang anak muda dengan penglibatan seramai lima orang fasilitator terlatih yang telah menghadiri Bengkel TOT Youth Empowerment Society (YES). Program ini merupakan langkah awal untuk Bahagian Pembangunan Belia mensasarkan agar anak muda pada masa kini mampu menggerakkan organisasi tanpa kebergantungan kepada dana atau peruntukkan tertentu sekaligus mendokong hasrat kerjaan merealisasikan pelaksanaan transisi kepimpinan. Selain daripada itu, ianya juga sebagai cabang penambahan ilmu kepada belia masa kini dalam menyediakan pelapis kepada gerakan kepimpinan pertubuhan belia sedia ade. Antara pengisian program selama dua hari ini adalah Pemimpin dan Pengikut, Kepentingan dan Fungsi Berpersatuan dan lain-lain lagi. Semoga hasrat dan ilmu yang disampaikan oleh fasilitator akan memberi manfaat dan garis panduan kepada semua peserta. Encik Mu'azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang juga telah menyampaikan slot Kepentingan dalam Berpersatuan semasa program ini.
Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Encik Mohd Shahrizan Robuan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan. Turut hadir Wan Fakhri Wan Abdul Halim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Pekan.
Tahniah Anak Muda Pekan!!
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
Disediakan oleh:-
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 206
