TEMERLOH, 7 Jun – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN} Peringkat Daerah Temerloh Sidang 1 Penggal Ke-34 Sesi 2023 - 2024 telah dilaksanakan pada 30 Mei 2024 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Pelaksanaan MPBN Peringkat Daerah Temerloh 2024 ini telah mendapat kerjasama rakan strategik iaitu Majlis Belia Daerah (MBD) Temerloh dan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Majlis telah dipengerusikan oleh Yang Hormat Dato' Khairur Rizal Ramli, Pegawai Daerah Temerloh merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Temerloh 2024. Sebanyak 5 usul utama telah diperhalusi sepanjang majlis berlangsung. Kelima-lima usul tersebut telah dibentangkan oleh wakil setiap ahli majlis yang terdiri daripada 20 orang Ketua Jabatan dan Agensi peringkat daerah, empat orang daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh Pahang, 17 orang daripada Majlis Belia Daerah Temerloh dan Sembilan orang daripada pengerusi badan gabungan Majlis Belia Daerah Temerloh.
Harapan Encik Azmi Othman, Pegawai PBSD Temerloh agar MPBN dapat membantu meningkatkan jaringan kejasama dengan pelbagai pihak dalam proses pembangunan belia daerah Temerloh khususnya.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Siti Sabariah Che Ariffin
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 236
