BENTONG - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong bersama Majlis Belia Daerah Bentong dengan kerjasama Kolej Komuniti Bentong telah mengadakan program Semarak HBN 2024 Peringkat Daerah Bentong pada 15 Mei lalu bertempat di Kolej Komuniti Bentong yang melibatkan penyertaan peserta seramai 200 orang.
Semarak HBN 2024 merupakan permulaan bertujuan menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan Sambutan HBN 2024 di peringkat negeri dan Kebangsaan bertemakan Yakin Boleh. Semarak HBN 2024 Peringkat Daerah Bentong memfokuskan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia, tayangan video perutusan khas YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, ucapan aluan daripada Encik Mohammad Izzuddin Hamzah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong dan pelaksanaan Aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda (Rakan Aktif) iaitu Senam Tari dan Pertandingan Bola Tampar. Majlis Perasmian Program dirasmikan oleh Encik Mohamad Faizal Ahmad, Pengarah Kolej Komuniti Bentong. Hadir bersama Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong dan Encik Prathap Sasuraja, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong. Turut hadir Encik Rifdi Iddraki Ahmad Saifulzaman, Setiausaha Majlis Belia Daerah Bentong, Encik Ahmad Faizulnizam Ahmad Pozi, Bendahari Majlis Belia Daerah Bentong dan Encik Nazaniah Hanafi, Pegawai Belia dan Sukan Kolej Komuniti Bentong.
Semoga program ini dapat menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 297
