- JBS Pahang
- Hits: 142
PBSD KUANTAN ADAKAN PERBINCANGAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA 2024 PERINGKAT DAERAH KUANTAN
KUANTAN – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan telah mengadakan perbincangan Program Semarak Hari Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kuantan yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh Negara pada 15 Mei 2024 yang berkonsepkan Pesta Rakan Muda Mudi dengan tema kali ini Yakin Boleh!
Perbincangan tersebut telah melibatkan rakan strategik program tersebut iaitu Persatuan Belia Perpaduan Bandaraya Kuantan (Unity). Beberapa pengisian aktiviti Semarak HBN Daerah Kuantan yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan hari belia tersebut antaranya Ikrar Hari Belia (Rakan Demokrasi, pertandingan bola keranjang dan petunjukan taekwon-do (rakan aktif), kuiz berkumpulan dasar belia (Rakan Ekspresi) dan beberapa acara sampingan turut diadakan.
Perbincangan telah diketuai oleh Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Puan Rozita Barudin, Pegawai Unit Rakan Muda, Tuan Haji Osman Bukhari, Pegawai Unit Belia, Saudara Mohd Zairul Irsyad Zainal, Pengerusi Unity, Muhd Danish Taufiqullah, Timbalan Pengerusi Unity, Muhd Nur Fitri, AJK Unity), dan Ho Yik Tat, Pengerusi YMM Kg Baru.
Ayuh Belia Kuantan! Serlahkan semangat anda dalam program Semarak HBN Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuantan, Yakin Boleh!!!
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#teamjbspahang
Disediakan oleh:-
Haji Osman Haji W.Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 142
