PEKAN, 28 Mei – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Pekan (MPBD) Sidang 1, Penggal Ke-34, Sesi 2024-2025 telah selesai dilaksanakan dengan kerjasama strategik daripada Majlis Belia Daerah (MBD) Pekan.
Persidangan kali ini telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan bermula tepat jam 9.00 pagi. Pengisian persidangan kali ini telah dimulakan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Aiman Aishraf Anuar dari Persatuan Belia MAYC Kawasan Pekan. Sesi Persidangan ini telah membawa empat usul utama yang menekankan berkenaan Kepimpinan Belia, Prestasi Sistem Pendidikan, Pemilikkan Rumah dan Patrioatisme di kalangan belia khususnya di Daerah Pekan. MPBD Peringkat Daerah Pekan telah dipengerusikan oleh YH. Dato’ Zaliza Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan. Sesi maklumbalas juga serta pergulungan usul telah dibentangkan dan dibahaskan dengan jayanya. Segala usul-usul ini disokong penuh oleh YH. Dato’ Pengerusi untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
Turut hadir ke Persidangan ini adalah Agensi-agensi Lantikan Kerajaan Negeri, Badan-badan Gabungan MBD Pekan dan wakil pemerhati dari Badan Uniform Pandu Puteri.
YAKIN BOLEH!!
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 210
