BERA – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Tapak Bilangan 1 Tahun 2024 bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.
Seramai lima orang ahli hadir ke mesyuarat tersebut dan dipengerusikan oleh Encik Najhan Mohamed, Pegawai Pembagunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Turut hadir dua orang wakil daripada pihak kontraktor MFA AMAZE Enterprise iaitu Encik Muhammad Saiful Imran dan Ahmad Fazana Mohd Zain. Mesyuarat tersebut telah membincangkan perkara berkaitan kerja-kerja mengecat keseluruhan bangunan, memasang ‘primex’ di sekeliling gelanggang futsal berbumbung serta memasang awning di gelanggang futsal tersebut. Kerja-kerja tersebut perlu disiapkan pada atau sebelum 26 Ogos 2024.
Turut hadir wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera iaitu Encik Azmir Nordin dan Puan Norlina Rasif.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Norlina a/p Rasif
PBSD Bera
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 209
