- JBS Pahang
- Hits: 217
AKSI-AKSI MENDEBARKAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR WANITA LSK2024 PERINGKAT DAERAH JERANTUT
JERANTUT – Kejohanan Bola Tampar Wanita Liga Sukan Komuniti 2024 (LSK2024) Peringkat Daerah Jerantut berlangsung dengan jayanya pada 8 Jun 2024 di Kompleks Sukan Jerantut.
Acara Bola Tampar Wanita kali pertama diadakan dalam penganjuran LSK Peringkat Daerah Jerantut mendapat sambutan yang baik dengan mendapat jumlah penyertaan sebanyak 12 pasukan. Perlawanan peringkat akhir bola tampar wanita ini telah memihak kepada Pasukan Cobra yang menumpaskan Pasukan Basriah A sekaligus muncul sebagai Johan dan Naib Johan dimiliki oleh Pasukan Basriah A. Tempat Ketiga pula menjadi milik bersama Pasukan Medic dan Pasukan Thunders. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafizul Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya mendapat tiga tempat terbaik dan penghargaan juga kepada semua pasukan kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.
Terima kasih kepada pihak urusetia, jawatankuasa teknikal dan sukarelawan yang memberi kerjasama bagi memastikan kejayaan dalam pelaksanaan kejohanan ini.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Rihan Bidin
PBSD Jerantut
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 217
