ROMPIN – Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Rompin 2024 disambut meriah di Dewan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) dengan kehadiran 200 orang penyertaan dalam kalangan belia berumur 15 hingga 40 tahun daripada seluruh Daerah Rompin semalam.
HBN kali ini telah membawa tema 'Yakin Boleh' yang menggambarkan tahap keyakinan tinggi kerajaan kepada golongan belia dalam merealisasikan transisi had umur belia di bawah 30 tahun pada tahun 2026 kelak. Pelbagai pengisian program yang mengetengahkan beberapa 10 Gaya Hidup Rakan Muda dijalankan seperti Rakan Demokrasi Tayangan Video HBN, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Belia, Rakan Prihatin Penglibatan Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA), Rakan Ekspresi Pameran dan Ceramah daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Tokoh Belia serta Pertandingan Doodle, Rakan Niaga Jualan Produk Belia serta Rakan Mahir Pertandingan Mereka Cipta Replika 10 Gaya Hidup Rakan Muda dan Pertandingan Deco Pastry.
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mohd Johari Haji Hussain, Ahli Dewan Negeri Kawasan Tioman. Turut hadir bersama Encik Khairunnaim Muslimin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin, Ketua-ketua Jabatan Daerah Rompin serta Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Rompin (PBSD Rompin), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan PIPOA.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#teamjbspahang
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 220
