PEKAN, 19 Februari – Program Satria in Action (SACTION) Training of Trainer (TOT) Sukarelawan Anak Malaysia Siri III Peringkat Negeri Pahang sedang berlangsung di Pusat Rekreasi Balok, Kuantan.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta di kalangan belia berumur 15 hingga 25 tahun daripada daerah Kuantan, Pekan dan Rompin. Program yang selama tiga hari dua malam bermula 14 hingga 16 Februari 2024 ini bertujuan bagi merealisasikan hasrat KBS dalam menggalakkan serta melahirkan sukarelawan dalam kalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Antara modul-modul yang diketengahkan di dalam program TOT ini adalah Etika Sukarelawan, Pengurusan Bencana, Psikologi First Aid & Asas-asas Perkhemahan. Sebelum itu, peserta program dimulakan dengan sesi suaikenal yang dikendalikan oleh Encik Muhamad Adam Afiq Yusof dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
Disediakan oleh:-
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 196
