MARAN, 28 Februari – Bertempat di Dewan Komuniti Daerah Maran, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali ke-37 Puspanita Cawangan Daerah Maran telah berlangsung pada 23 Februari yang lalu.
Seramai 192 orang ahli Puspanita Maran telah hadir menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dan mengundi dalam pemilihan ahli jawatankuasa yang diadakan setiap dua tahun ini. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi ini dimulakan dengan pendaftaran dan majlis perasmian. Datin Norazura Ibrahim, Pengerusi Puspanita Maran dalam ucapan pembukaan beliau menzahirkan rasa gembira atas kehadiran ahli yang ramai pada mesyuarat kali ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh YH Dato’ Sharuddin Jali, Pegawai Daerah Maran merangkap Penaung Puspanita Maran. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada Puan Anisah Haji Nik yang menerima Anugerah Ikon Nita Puspanita Maran pada tahun ini. Selesai majlis perasmian, mesyuarat agung bermula mengikut agenda yang telah disusun. Program sampingan turut mencuri tumpuan ahli apabila pertandingan gubahan sirih junjung diadakan diselangi dengan cabutan nama bertuah, saringan pemeriksaan percuma, jualan baju ‘prelove’ serta barangan produk berasaskan makanan. Dua orang warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran turut hadir diwakili oleh Puan Saniah Zainal dan Puan Rodiah Mohamed Karim.
Syabas dan tahniah diucapkan buat barisan ahli jawatankuasa Puspanita Maran yang baru dilantik bagi sesi 2024 - 2026. Puspanita Maran terbaik !
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#teamjbspahang
Disediakan oleh:-
Saniah Zainal
PBSD Maran
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 219
