BENTONG, 29 Januari – Encik Azhari Razlli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Zulinsan Abd Razak, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bentong telah menyertai Kursus Penguji Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) pada 19 - 21 Januari lalu bertempat di BCIC Lodge, Kuantan.
Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang. Ianya melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan di negeri dan daerah seramai 20 orang. Antara pengisian kursus adalah Teori Asas Kecergasan Fizikal/Anatomi, Tanggungjawab dan Etika Penguji, Komunikasi dan Pedagogi serta Teori dan Amali UKJK. Pihak jabatan menjemput 2 orang penceramah iaitu Encik Norasruddin Sulaiman dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA dan Puan Siti Hartini Azmi dari Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi mengendalikan kursus tersebut.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Negeri Pahang.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 228
