ROMPIN, 8 November – Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 4 telah selesai dijalankan sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Rompin 2023 pada 14 Oktober lalu.
Program dijalankan berpusat di Padang Kampung Kolam, Rompin bermula 7.00 pagi sehingga 5.00 petang dan mendapat kerjasama daripada UNITEN Kampus Muadzam Shah dan kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin. Program Ini juga sebagai medium kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan semangat kesukarelawan, khidmat masyarakat dan pengurusan acara. Majlis Perasmian telah di dirasmikan oleh Dato' Ahmad Nasim Dato' Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin.
Turut hadir bersama YB. Ir Razali Kassim, EXCO FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Encik Khairunnaim bin Muslimin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin serta warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 159
