KUANTAN, 14 September – Love Aerodance Fitness Sport Club dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah menganjurkan program ‘Merdeka Day 2023 Fit Dance Workout’ pada 10 September yang lalu di Dewan PM Najib, Kuantan.
Program ini telah berjaya mendapatkan sambutan yang amat menggalakkan di kalangan penggiat-penggiat kecergasan. Pelbagai variasi aerobik telah dijalankan oleh beberapa instruktur terpilih. Pemakaian warna-warna merdeka merah, biru, kuning dan putih telah memeriahkan lagi program. Rata-rata peserta teruja dengan program yang dianjurkan dan berharap agar program-program sebegini dapat dianjurkan dengan lebih kerap.
Tahniah, Love Aerodance Fitness Sport Club kerana berjaya menganjurkan program yang memberikan manfaat kepada penggiat-penggiat kecergasan.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 126
