RAUB, 1 Oktober – Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Raub 2023 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, Majlis Daerah Raub pada 27 September 2023 yang lalu, bermula jam 9.00 pagi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Khairul Fahmi Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah. Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub telah membentangkan Kertas Konsep Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Raub yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Oktober ini.
Mesyuarat telah membincangkan dari aspek jadual, lokasi dan penglibatan dari semua pihak yang terlibat. Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 11.00 pagi.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Shamsul Bahari Abd Malek@Ghazali
PBSD Raub
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 192
