TEMERLOH, 14 September – Nafas Baharu program Rakan Muda telah dilancarkan di seluruh negara oleh Perdana Menteri Malaysia YAB. Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 25 Jun 2023 dimana diperkenalkan dengan 10 gaya hidup baharu iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan juga Rakan Prihatin.
Kolaborasi diantara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh dan Kelab Belia Temerloh Jaya dengan kerjasama SMK Abu Bakar Temerloh, Kolej Komuniti Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh dan SWCorp Temerloh telah berjaya menganjurkan Program Gaya Hidup Rakan Bumi iaitu Plogging @ Community Peringkat Daerah Temerloh pada 10 September 2023 bertempat di Esplanade Temerloh yang melibatkan lebih dari 90 orang peserta. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Instruktor, Puan Ropisah Abdul Mubin telah disertai oleh pelbagai lapisan umur.
Taklimat program dan pembahagian kumpulan bagi kawasan plogging telah disampaikan oleh Encik Nor Hisham Abdul Hadi dari Majlis Perbandaran Temerloh. Turut bersama, Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh, Cik Nurul Aini Abdul Ghani dari Kolej Komuniti Temerloh dan Cikgu Azhar Abd. Aziz dari SMK Abu Bakar Temerloh. PBSD Temerloh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharap amalan menjaga kebersihan alam sekitar ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Azmey Azaini
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 186
