- JBS Pahang
- Hits: 137
50 PESERTA SATRIA KOMITED JAYAKAN PROGRAM MOBILISASI RAKAN PRIHATIN DAERAH KUANTAN SIRI 1
50 PESERTA SATRIA KOMITED JAYAKAN PROGRAM MOBILISASI RAKAN PRIHATIN DAERAH KUANTAN SIRI 1
KUANTAN, 28 Ogos – Seramai 50 peserta sukarelawan SATRIA telah menjayakan Program Rakan Prihatin: Mobilisasi SATRIA Daerah Kuantan Siri 1 bagi menyuntik semangat dan menyemai kesedaran untuk sentiasa cakna dengan kebersihan persekitaran kawasan dengan melakukan kerja-kerja pembersihan.
Program yang telah diadakan di sekitar Masjid Tanjung Api, Kuantan ini juga berjaya menggalakkan masyarakat awam dan orang-orang kampung untuk sama-sama menjaga kebersihan. Dalam program tersebut para peserta-peserta dari kumpulan SATRIA 1 telah berjaya mendapat tangga johan dengan kutipan sampah seberat 363.2 kilogram, kumpulan SATRIA 3 muncul tempat kedua dengan kutipan sampah 243.1 kg dan kumpulan SATRIA 9 di tempat ketiga dengan kutipan sampah 127.5 kg.
Majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang telah disampaikan oleh Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan. Turut serta dalam program itu termasuklah guru-guru Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Haji Osman Haji W.Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 137
