KRM ROMPIN, 18 Oktober – Edisi Kitchen Garden@KRM Rompin kali ini membawakan hasil penanaman pokok cili. Pada 5 Oktober yang lalu, warga kerja Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin telah memetik hasil dari pokok cili yang ditanam lebih kurang dua bulan yang lalu.
Penanaman pokok cili di Kitchen Garden@KRM Rompin adalah secara fertigasi menggunakan polybeg. Biji benih cili biasanya mengambil masa satu hingga dua minggu untuk bercambah. Seterusnya adalah proses penyiraman pokok, penambahan baja untuk penghasilan buah cili yang baik, penjagaan dari haiwan perosak dan kekemasan kawasan pokok cili. Pokok cili sangat sesuai ditanam secara fertigasi. Selain daripada pertumbuhan yang uniform, pembajaan dan kawalan serangga perosak serta penyakit boleh dikawal dengan lebih mudah. Larutan baja boleh di selaraskan dengan penggunaan bahan kimia yang membantu kawalan penyakit dan perosak. Kos memetik hasil perlu diambil kira dalam melaksanakan penanaman pokok cili. Pokok akan tetap berhasil tinggi selagi bunga dikeluarkan dan pokok dijaga dari serangan kerinting. Beberapa petua menanam cili padi adalah seperti 'jangan merokok di kawasan cili padi' dan 'elakkan menggunakan baja tahi ayam untuk cili padi'. Selain itu medium tanaman yang sesuai adalah dengan penggunaan 'cocoa peat' yang sedia ada di pasaran.
Hasil tuaian dua jenis cili iaitu cili hijau besar seberat 84.5 gram dan cili akar seberat 81.3 gram yang dikutip telah diagihkan sesama warga kerja KRM Rompin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Siti Alifah Hamzah
KRM Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 203
