MARAN, 2 November – Satu Majlis Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Pahang dan Anugerah Khas Belia Negeri Pahang 2023 telah diadakan di Swiss Ballroom, Swiss-Bel Hotel, Kuantan pada 29 Oktober baru-baru ini.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bersama Majlis Belia Negeri Pahang ini diadakan untuk mengiktiraf jasa belia dan beliawanis yang telah menyumbangkan khidmat bakti dalam pelbagai bidang. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan 12 kategori anugerah kepada para penerima yang telah dipilih. Turut hadir YB Encik Fadzli Mohamad Kamal, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang bersama Encik Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Daerah Maran menggondol dua kategori iaitu Johan Individu Lelaki dan Tempat Ketiga Kategori Persatuan.
Pemenang telah diiringi oleh Encik Sophian Tukiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran yang turut hadir memberikan sokongan kepada calon yang bertanding.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Saniah Zainal
PBSD Maran
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 144
