- JBS Pahang
- Hits: 186
ZON TIMUR BAWA CABARAN KE KEJOHANAN WOMEN SPORTS CHALLENGE 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN
KUANTAN, 11 Disember – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang akan mengetuai Zon Timur bersama JBS Negeri Terengganu dan Kelantan membawa cabaran di dalam Kejohanan Women Sports Challenge 2023 Peringkat Kebangsaan di Sports Arena, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Kajang, Selangor.
Kontinjen dengan kekuatan 170 peserta dan pegawai telah selamat berlepas daripada destinasi masing-masing menuju ke lokasi pertandingan. Rata-rata peserta amat teruja dengan program yang akan dibuka tirainya pada 12 hingga 14 Januari 2024. Sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring, bola tampar dan bola baling dengan mempertaruhkan dua kategori iaitu Bawah 18 Tahun dan Terbuka.
Tahniah, kepada semua yang telah terpilih mewakili Zon Timur ke kejohanan tersebut. Semoga Zon Timur beroleh kejayaan!!!
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pembudayaansukanwanita
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 186
