KUANTAN, 31 Januari – Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan mengalu-alukan kehadiran Penolong Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar Kuantan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan.
Pertemuan julung kali ini bertujuan untuk membincangkan dan mendapatkan gambaran mengenai program kemahiran yang telah ditawar kepada belia-belia. Pertemuan ini juga adalah untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan berkenaan program belia, sukan dan Rakan Muda dalam daerah Kuantan. Perbincangan ini merupakan platform terbaik bagi membolehkan belia lepasan persekolahan di negeri ini untuk meneroka peluang baharu dalam mempertingkatkan tahap kemahiran dan pendidikan mereka.
Hadir sama pada sesi ini adalah Pegawai Unit Belia dan Sukan PBSD Kuantan iaitu Encik Azian Ali dan Tuan Haji Osman Haji W.Bukhari.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Haji Osman Haji W.Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 149
