BENTONG - Program Youth Empowerment Society (YES) Peringkat Daerah Bentong telah berjaya dilaksanakan sebagaimana yang dirancang pada 1 hingga 2 Mac lalu bertempat di D'Bilut Agro Farm, Lurah Bilut yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Amizar Abu Adam, EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang.
Hadir bersama Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong dan Encik Mohamad Izzuddin Hamzah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong. Turut hadir Encik Prathap Sasuraja, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong. Program YES merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi pendedahan kepada belia yang berumur 18 hingga 30 tahun berkaitan kepimpinan dan pengurusan organisasi bagi menyediakan pelapis kepada gerakan kepimpinan pertubuhan belia sedia ada. Program YES Peringkat Daerah Bentong adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong dan Majlis Belia Daerah Bentong. Seramai 32 orang peserta yang berbilang bangsa telah mengikuti program tersebut. Peserta didedahkan dengan topik Pemimpin & Pengikut, Kepentingan & Fungsi Berpersatuan, Pembentukan Jawatankuasa & Mesyuarat Berkesan, Pengurusan Kewangan dan Penulisan Dokumentasi & Pelaporan.
Semoga program ini dapat melahirkan pemimpin pelapis yang berkeyakinan tinggi di dalam organisasi atau pertubuhan belia kelak.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 184
