BENTONG - Acara Ping Pong menjadi kejohanan yang terakhir dilangsungkan sempena program Liga Sukan Komuniti 2024 (LSK2024) Peringkat Daerah Bentong. Program yang berbentuk pertandingan ini dijadikan sebagai medan untuk masyarakat menjalankan aktiviti sukan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong dengan kerjasama Kelab Mendaki Benus dan Majlis Perbandaran Bentong telah mengadakan Kejohanan Ping Pong LSK 2024 Daerah Bentong pada 23Jun lalu lalu di Dewan MPB. Johan menjadi milik pasukan MPB Eagle A. Naib Johan pula menjadi milik pasukan MKL, manakala tempat ketiga bersama menjadi milik pasukan Diesel & MPB Eagle B. Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Encik Azhari Razlli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong. Hadir bersama Encik Isrulhizam Ab Khalid, Penyelaras Ping Pong LSK 2024 Daerah Bentong.
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan ianya dapat menambahkan aktiviti masyarakat seterusnya menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup agar kekal sihat, cergas dan bertenaga sepanjang masa.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 220
