- JBS Pahang
- Hits: 197
MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) : PROGRAM MENYANTUNI KANAK-KANAK DAN OKU PERINGKAT DAERAH BERA
BERA - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Daerah Bera, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pejabat Pendidikan daerah Bera dan Persatuan Kecergasan Daerah Bera telah menganjurkan Program Menyantuni Kanak-kanak peringkat Daerah Bera bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Mentari Triang.
Objektif program ini ialah untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakkan dan melahirkan, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling. Program ini telah melibatkan seramai 39 pelajar daripada PDK Seri Mentari, dan seramai 45 pelajar sukarelawan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera berserta empat orang guru iringan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti senamrobik, mewarna dan aktiviti kraf bersama kanak-kanak dan orang kurang upaya.
Ini juga memberi pendedahan kepada sukarelawan muda cabaran tugasan sebagai sukarelawan sebenar.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Norlina a/p Rasif
PBSD Bera
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 197
