BERA, – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bera telah mengadakan Lawatan Tapak di Pusat Aktiviti Warga Emas Bandar 32 Bera bagi Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA): Program Menyantuni Warga Emas.
Lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan perancangan aktiviti-aktiviti bagi program menyantuni Warga Emas yang akan diadakan pada 31 Julai 2024 nanti. Program ini diadakan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, kemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling. Program sebegini juga dapat memberi pemdedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on’’ serta menggunakan inisiatif dan kriativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarewanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.
Encik Mohamad Rozaiham Abd. Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera, Puan Yaiani Ali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera dan Tuan Haji Mokthar, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar 32 Bera telah bersama mengadakan perbincangan sepanjang lawatan tersebut.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Norlina a/p Rasif
PBSD Bera
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 127
