- JBS Pahang
- Hits: 96
Semarak Hari Belia Negara 2025 Peringkat Daerah Pekan,Meriah!!
- JBS Pahang
- Hits: 96
PEKAN, 16 Mei – Program Semarak Hari Belia Negara 2025 peringkat Daerah Pekan telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya, mencatat kehadiran lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar sekolah, IPTA/IPTS, agensi kerajaan dan swasta, serta pengunjung dan vendor tempatan. Jumlah ini sekali gus melebihi sasaran asal sebanyak 500 orang.
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Sh. Mohamed Puzi Sh. Ali, Ahli Parlimen Daerah Pekan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai medium penting dalam membentuk kemahiran serta jati diri belia masa kini, selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu “Yakin Boleh”.
Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Prof. Dato’ Sr Dr. Omar Osman, Naib Canselor DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, YBhg. Encik Azora @ Ahmad Shamsudin, Pegawai Daerah Pekan, Encik Wan Ahmad Fakhri bin Wan Abdul Halim, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Pekan dan Cik Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program antaranya pameran kerjaya dan TVET, pameran agensi kerajaan dan swasta, demonstrasi (RTA) daripada pihak Bomba, Pertandingan gubahan pulut kuning dan banyak lagi. Sambutan luar biasa ini jelas mencerminkan semangat belia Pekan yang progresif dan bersedia mendepani cabaran masa depan.
Disediakan Oleh:-
PBSD Pekan
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #HariBeliaNegara2025 #YakinBoleh #BeliaMalaysia