Belia Rompin Bersatu Hati Jayakan Semarak HBN Rompin 2025

ROMPIN, 16 Mei - Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Rompin 2025 berjaya dilaksanakan di Dewan Kuala Rompin seawal jam 7.30 pagi, semalam. Lebih 500 belia dari daerah ini telah turun padang bagi sama-sama menjayakan program tahunan ini bersama warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin, Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin dan agensi kerajaan dan swasta serta persatuan-persatuan belia lain.

Semarak HBN 2025 Rompin kali ini telah mengetengahkan Pavillion MBD Rompin, Pavillion Rakan Muda, Port Makan-makan, Port Jana Duit, Port Fit Malaysia, Port Seni dengan pelbagai pengisian menarik seperti Pertandingan Doodle Art Terbuka, Persembahan Tarian Kipas, Pemeriksaan Kesihatan Gigi, Mini Sport dan sebagainya. 

Program telah dirasmikan oleh Dato’ Ir. Razali Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Turut sama memberi sokongan dan motivasi kepada belia Rompin adalah Encik Shamsul Izwan Shamsudin, Penolong Pegawai Daerah Rompin, Puan Nor Zilawati Mohd Khan, Setiausaha Majlis Daerah Rompin, DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber, Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin dan Encik Mohd Rizal Badrul Hassan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rompin serta pemimpin belia setempat. 

Semoga objektif HBN 2025 kali ini memberi 1001 manfaat kepada semua yang hadir terutama belia setempat untuk Yakin Boleh dalam memberi sumbangan melalui idea, tenaga dan masa bagi membangunkan potensi diri dan keluarga. Belia Rompin, Yakin Boleh!


Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin

#TeamKBS#pahang1st#JBSNBersama#TeamJBSPahang#RakanMuda#YakinBoleh

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search