PEKAN , 20 Oktober - Program Plogging Komuniti Peringkat Daerah Pekan 2024 Siri 1 telah selesai dijalankan hari ini di sekitar Perbandaran Pekan. Seramai hampir 45 orang orang peserta yang hadir daripada kalangan belia Gerakan Belia 4B Cawangan Lamir, Gerakan Belia 4B Alora serta belia setempat sekitar Pekan. Program ini menekankan aktiviti kecergasan sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat di kawasan rekreasi dan tumpuan awam. Hadiah turut diberikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpul sampah terbanyak.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Dearah Pekan ini diadakan selama 1 Jam sempena Program One Hour Malaysia Clean-Up (1HMCU)-Agenda Nasional Malaysia (ANMS). Jumlah keseluruhan kutipan sampah yang berjaya dipungut oleh sukarelawan Satria Pekan dalam aktiviti ini adalah sebanyak 148.2 kilogram. Majlis Perasmian “Flag Off” telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Nizar Dato’ Sri Mohammad Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains Teknologi & Inovasi merangkap ADUN Peramu Jaya. Turut hadir YH. Dato’ Zaliza Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan, Pegawai Kesihatan Daerah Pekan. Tidak terkecuali kehadian Ahli Persidangan DUN Belia Peramu Jaya dan Pulau Manis memeriahkan program pagi ini.

Disediakan oleh:
PBSD Pekan
- JBS Pahang
- Hits: 175