BENGKEL BADAN SUKAN NEGERI PAHANG BERSAMA PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA 2025 


KUANTAN, - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menganjurkan Bengkel Badan Sukan Negeri Pahang Bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia 2025 di BCIC Lodge, Indera Mahkota. 

Kehadiran badan-badan sukan amat menggalakkan dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan persatuan terutamanya daripada sudut pentadbiran dan dokumentasi.

Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah hadir bertemu dengan badan-badan sukan semasa bengkel berlangsung.

Sesi diteruskan lagi pada sebelah petang dengan kehadiran badan-badan sukan panggilan sesi kedua. 

Terima kasih kepada pegawai daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia iaitu Encik Abu Zarin Abu Hasan dan Puan Azlina Zainal yang hadir dan memberikan khidmat konsultasi dengan baik. 

Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Sukan 

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search