- JBS Pahang
- Hits: 18
KUNJUNG HORMAT PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA NEGERI PAHANG PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA JBSN PAHANG
- JBS Pahang
- Hits: 18
KUANTAN, 3 Julai – Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, Encik Nor Azli Mohamad Daud hari ini.
Delegasi yang diketuai oleh Saudara Ho Lit Tat, selaku Pengerusi Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Pahang, hadir bagi memperkenalkan barisan kepimpinan baharu serta membuka ruang kerjasama strategik dengan JBSN Pahang dalam pelaksanaan program-program pembangunan belia di negeri ini.
Dalam sesi perbincangan yang berlangsung mesra dan penuh berinformasi itu, pelbagai cadangan turut dikemukakan meliputi aspek pemerkasaan sahsiah belia, pembangunan kepimpinan akar umbi serta inisiatif ekonomi belia luar bandar.
Menurut beliau, pihak Jabatan amat mengalu-alukan sinergi bersama mana-mana pertubuhan belia yang proaktif dan berdaya saing, khususnya dalam mendukung agenda “Pahang 1st” melalui pemerkasaan modal insan muda negeri ini seterusnya memperkasa golongan belia dari kaum Cina.
“Kami mengiktiraf peranan penting organisasi pemuda seperti ini dalam mencorak hala tuju masa depan negara dan JBS Negeri Pahang sentiasa terbuka untuk menjadi rakan strategik yang menyokong penuh aspirasi pembangunan belia,” katanya.
Kunjungan ini diharap dapat terus mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak dalam merealisasikan ekosistem pembangunan belia yang lebih inklusif dan progresif di Pahang.
Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Belia