- JBS Pahang
- Hits: 78
PROGRAM RAKAN MAHIR: SKILLS FOR LIFE DAERAH JERANTUT 2025 TARIK MINAT BELIA MINORITI
- JBS Pahang
- Hits: 78
JERANTUT – Program Rakan Mahir: Skills For Life Peringkat Daerah Jerantut 2025 yang telah diadakan di Balai Adat Kampung Orang Asli Sungai Kiol mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 37 orang beliawanis masyarakat Orang Asli hadir menyertai program ini mengatasi sasaran penyertaan seramai 30 orang.
Program yang memberi fokus kepada latihan kemahiran asas pembuatan kek dan pastri secara teori dan praktikal ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang bakery iaitu Puan Suziyanti Omar daripada Dtrasa Food Industry. Para peserta bukan sahaja mempelajari teknik membuat kek dan pastri, malah didedahkan dengan potensi menjana pendapatan melalui kemahiran ini.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YM Ku Haniff Ku Ahmad, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Jerantut diiringi oleh Encik Mohd Hafizul Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut, Encik Ahmad Faruk Fauzi, Pengerusi Pertubuhan Anak Peribumi Pahang dan Pengerusi JPKKOA Sungai Kiol.
Disediakan Oleh:-
PBSD Jerantut
