PERSATUAN SUKAN ELEKTRONIK NEGERI PAHANG TERIMA GERAN PADANAN SUKAN DARIPADA KBS


TEMERLOH – Persatuan Sukan Elektronik Negeri Pahang (Esports Pahang) telah menerima Geran Padanan Sukan berjumlah RM50,000.00 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk penganjuran Kejohanan EastCoast Esports Championship 2025. 

Kejohanan ini berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh. 

Replika cek geran tersebut telah disampaikan oleh Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, yang juga mewakili Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Naim Al Amin Dato’ Saharudin, serta wakil daripada IKTBN Temerloh. 

Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Sukan 

Image

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang
Jalan Tun Ismail, 25000, Kuantan
PAHANG
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 05-11-2026, 17:35:21

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search